27.4.13

MENGULI LEMPARAN ALIN


PROSES MENGULI TANAH MENGGUNAKAN MESIN LEMPARAN ALIN



Kali ini saya nak berkongsi cerita seramik berkaitan dengan cara menguli di atas mesin lemparan alin (throwing). Teknik ini digunakan sebelum memulakan proses throwing. Ulian perlu dilakukan untuk memastikan tiada angin terperangkap. Angin akan menyebabkan proses 'centering' dan membentuk menjadi sukar dan 'gelong'.






Tanah disediakan di atas mesin Lemparan Alin. Tanah perlulah dalam keadaan lembut dan telah diuli dengan baik.

Sebelum memulakan proses, pastikan kedudukan tempat duduk, kaki dan tangan dalam keadaan betul. Hal ini amat penting untuk memastikan proses ulian berjalan lancar. Tempat duduk yang tidak sesuai dan selesa akan mengakibatkan sakit pinggang dan hilang tumpuan, kedudukan ini juga akan memastikan kawalan nafas yang baik sepanjang proses. Kawalan nafas amat penting.

Kedudukan kaki akan menyokong kawalan tekanan tangan ke atas tanah. Siku perlu diletakkan di atas paha sebagai penyokong ketika menekan tanah terutama ketika 'centering'. Tangan terutama dibahagiam atas dan lengan perlu dalam kedudukan tegas dan patuh tetapi tapak tangan dalam keadaan lembut membelai tanah.






Tanah perlu diuli di atas mesin sekali lagi untuk tujuan membuang angin yang terperangkap. Ketika ini tanah perlu di 'center' agar memudahkan proses menaikkan tanah.





Tanah diuli sambil membentuk tanah agar sekata. Ketika ini agak sukar untuk mengawal tanah kerana tanah tidak sekata.





Tanah mula dilurut keatas sambil menekan agar tidak gelong. Ketika ini tangan perlu sentiasa basah untuk memudahkan lurutan. Lurut tanah sambil membawa ke atas perlahan-lahan. Urutan sambil menekan perlu berulang-ulang daripada bawah ke atas. 






Tanah dilurut ke atas setinggi yang boleh. Angin akan keluar sedeikit demi sedikit ketika proses melurut.





Lurutan perlu konsisten dan berhati-hati, jika tidak tanah mungkin akan patah atau angin masuk semula.





Tanah diturunkan semula perlahan-lahan. Tanah yang tinggi boleh ditekan sambil membengkon dengan kawalan agar tidak terputus. Tekan bahagian atas sambil membawa tanah menurun.





Tanah diturunkan sehingga menjadi datar semula. Kawalan amat penting agar tidak 'gelong'. Tanah yang gelong akan menyukarkan proses menguli. 




Tanah dilurut semula ke atas setinggi yang boleh. Angin akan keluar sedeikit demi sedikit ketika proses melurut. 



Proses ini perlu dilakukan berulang kali sehingga angin dipastikan tiada lagi terkandung di dalam tanah.

















No comments:

Post a Comment