Showing posts with label tanah. Show all posts
Showing posts with label tanah. Show all posts

24.4.13

Menguli


           MENGULI adalah satu perkara penting dalam dunia SERAMIK. Tanah liat yg mahu digunakan sebelum membuat sesebuah barangan seramik. Tanah liat perlu diuli sehingga benar-benar tidak mengandungi angin..... tetapi masih ramai yang mengabaikan proses menguli ini...

        Ramai yang hanya menguli tanah liat dengan ambil mudah sekadar menguli dengan syarat.....tanpa proses menguli dengan baik....bukan angin yang ada akan keluar....tetapi akan menyebabkan semakin banyak angin yang akan terperangkap....AWAS......angin yang terperangkap akan menyebabkan barangan seramik pecah ketika proses pengeringan dan mungkin MELETUP ketika pembakaran.

        Okey......kali ini, saya nak bercerita tentang proses menguli ini.....



Sebelum memulakan proses...pastikan kedudukan kaki...kaki kanan sedikit kehadapan ...manakala kaki kiri sedikit kebelakang. Kedudukan kaki akan membantu badan selesa dan mengurangkan sakit pinggang.
Ambil tanah liat mengikut keperluan.....bagi mereka yang baru jangan terlalu banyak...


Mula menekan ketulan tanah disatu bahagian sambil menghalakan tekanan ke arah sedikit bertentangan (seperti menyerong). 


Ulang sambil seakan memusingkan tanah sambil menekan kuat....lakukan berulang kali....tanah akan terbentuk seakan SIPUT. Angin akan keluar setiap kali proses tekanan tanah dilakukan. Tetapi AWAS, jika tekanan dilakukan tidak mengikut aturan....angin akan memasuki tanah semula.........


Ulian yang baik akan menghasilkan bentuk siput yang cantik....yang menandakan  angin tidak terperangkap dalam tanah. Ulian ini sebaiknya dibuat melebih 60 kali untuk mendapatkan hasil tanah liat yang baik.


Setelah selesai.......Tekan tanah perlahan-lahan sambil membentuk tanah menjadi membulat. Jangan lipat tanah dengan drastik....tindakan ini memungkinkan angin kembali terperangkap dalam tanah. Tindakan menekan tanah perlahan-lahan dan tertib.....memastikan tanah membulat tanpa angin...


Tanah yang baik tanpa angin akan memudahkan kerja-kerja membuat seramik, terutama untuk persediaan Lemparan Alin (throwing). Kandungan angin akan mengakibatkan tanah sukar untuk proses 'centering'.

Tanah sebegini amat berguna untuk seramik buatan tangan seperti picit cubit, lingkaran dan terutama kepingan. Tanah yang mengandungi tangan akan mengakibatkan seramik retak, pecah dan adakalanya meletup ketika pembakaran (jika ruang angin besar).


Akan kita akan tampilkan centering di atas mesin Lemparan Alin.







23.4.13

SGRAFITTO


TEKNIK SGRAFITTO

    Salah satu teknik kegemaran saya ketika menghasilkan dekorasi seramik adalah TEKNIK SGRAFITTO. Teknik ini menarik dengan keunikannya tersendiri. Kali ini kita bercerita melalui pengalaman saya sendiri menghasilkan dekorasi teknik sgrafitto. Dengan kata lain.....lorekan yang dibuat di atas permukaan berwarna menggunakan alat.

        Teknik ini lebih menarik jika memilih motif yang banyak jalinan dan pelbagai bentuk. Motif sebegini akan menjadikan kesan lorekan sgrafitto menarik.

          Saya memilih motif pokok bakau yang mempunyai akar yang banyak. Akar-akar ini akan menghasilkan kesan lorekan yang banyak dalam dekorasi ini.



Pokok Bakau

Akar pokok bakau akan menjadikan kesan lorekan menjadi menarik
galeri kantanblogspot
Outline Motif Pokok Bakau dilukis di atas kertas putih (lebih baik di atas kertas surih (tracing paper).

galeri kantanblogspot
Warnakan motif mengikut design yang disukai. (untuk panduan ). Kawasan yang diwarnakan akan menentukan warna yang dipilih.

 



         Sediakan warna - pigment stains colour yang dicampurkan dengan slip . Lebih baik dibancuh dengan nisbah yang sesuai untuk mendapatkan warna yang cantik. Nisbah yang sesuai akan menentukan warna yang dikehendaki atau warna terlalu pudar dan mencacatkan dekorasi tersebut.

   
 
   
        Sediakan kepingan tanah yang separa kering (jangan terlalu kering atau terlalu basah - pastikan tidak menggleding ). Lazimnya, tanah liat berwarna cerah menjadi pilihan, kerana jika menggunakan tanah liat yang berwarna gelap, warna tidak akan menyerlah cantik seperti yang diingini.


Dalam teknik ini ada beberapa cara yang boleh diaplikasikan, pertama menggunakan hanya satu warna seperti dibawah....    


      Sapukan  1 warna yang dikehendaki seperti hijau, merah, biru, hitam dll. Kemudian biarkan seketika untuk mengeringkan warna tersebut. Ulang sebanyak 3 lapisan sapuan. Biarkan sehingga hampir kering. Cara ini hanya menggunakan satu warna sahaja.
   


Gunakan lakaran di kertas tadi sebagai contoh, tekap kertas motif di atas tanah untuk mendapatkan kesan motif. Kemudian lorekan tanah mengikut kesan lorekan menggunakan, needle, pensil, pen atau wood tool yang sesuai.




Kesan lorekan akan menghasilkan motif, pastikan lorekan menimbulkan warna asli tanah. 



Manakala cara kemudia pula akan menggunakan 2 warna yang bertindih.......atau....menimbulkan warna dilorekan dan warna asal tanah dipermukaan.


Sapukan warna pilihan (sebaiknya warna yang terang). 3 lapisan hingga 5 lapisan untuk mendapatkan warna yang tebal. 


Kemudian sapukan pula warna asli tanah atau warna lain yang kontra dengan lapisan warna sebelumnya. lapisan ini jua memerlukan 3 lapaisan sapuan.


Buat lorekan sgrafitto dipermukaan kepingan setelah separa kering. Pastikan lorekan tidak terlalu dalam, sebaliknya pastikan warna lapisan pertama terhasil. Dengan sendirinya, motif terhasil daripada kesan lorekan warna dibahagian pertama. Lorekan boleh dibuat dengan lorekan kasar atau halus @ hanya garisan-garisan yang pelbagai gaya.

Biarkan kepingan kering dan kemudian dibakar. Apabila kepingan diglaze, dekorasi akan mejadi lebih menarik.

Selamat mencuba, beranilah mencuba dan meneroka motif-motif yang lebih menarik dan sukar, ia akan menghasilkan lorekan yang pelbagai. Pelbagai ketebalan garisan dan elemen garisan yang berbeza akan lebih menarik.

Bye..bye....



15.4.13

Tanah Kitar Semula

Proses Kitar Semula Tanah

Lazimnya, tanah pasti akan berlebihan atau, adakalanya karya kita akan musnah @ punah....tanah yg masih belum dibakar boleh digunakan semula....dengan cara kitar semula tanah.....caranya mudah saja...
ada beberapa cara yg biasa digubakab..cara yg ringkas n cara yg sedikit memerlukan tenaga tetapi hasilnya puas hati.....pertama.....



CARA YG FORMAL......(byk kerja tapi berkualiti)

1.  Keringkan tanah yg telah digunakan  (mungkin terlalu byk air @ terlalu keras)-
2.  pecahkan kepada kepingan kecil.
3.  Pastikan benar-benar kering...(letakkan di bawah cahaya matahari...
4.  Ketuk tanah kering menjadi halus..
5.  masukkan ke dalam bekas yg sesuai....pastikan sekata..
6.  masukkan air perlahan-lahan sehingga melebihi sedikit paras tanah (lebih kurang 1-2 inci) ....air
     akan meresap perlahan-lahan....pastikan air melebihi sedikit sahaja drpd tanah ketika resapan
     berlaku.
7.  Biarkan tanah selama beberapa jam...1 hari lebih baik..
8.  gaulkan tanah dengan tangan, kayu atau mixer supaya lebih sebati....tanah akan menjadi tanah lembut
     atau slip(tanah cair) jika terlebih air...
9.  tapis tanah untuk buang anasir-anasir yg tidak diperlukan....batu, sampah, ranting, ketul tanah yg
     keras @ apa saje....
10.Letakkan slip di atas bat plaster..jika tanah terlalu lembut....biarkan seketika hingga air dalam tanah
     berkuranga dan sesuai untuk di uli dan menjadi tanah liat yg cantik.
11.Uli tanah sehingga hilang semua angin sebelum digunakan...

Cara ini mungkin cerewet sedikit tetapi hasil tanah lebih berkualiti..tertutama untuk memastikan tanah yg dihasilkan sekata dan tidak berketul-ketul. Ketulan tanah yg terperangkap di dalam tanah liat....mungkin akan mengganggu kelancaran pembuatan ...terutama ketika teknik throwing...Angin juga mudah terperangkap dan akan mengakibatkan barangan yg dihasilkan pecah...

Teknik kitar semula ini akan memastikan tanah yg baik dan amat sesuai untuk throwing.....kurang risiko...dan lebih mudah untuk 'centering'.

CARA KEDUA ...

1.  Tanah yg telah digunakan (sama ada yg terlebih air @ terlalu keras)...dimasukan kedalam bekas besar....
2.  Isikan air yg lebih byk (biasanya...bekas sebegini akan disediakan sentiasa...setiap tanah yg tidak digunakan akan dimasukkan ke dalam bekas ini.....) Air akan sentiasa penuh & tanah akan dibiarkan sentiasa terendam)
3.  Ambil @ pilih tanah yg telah lembut mengikut keperluan...(lembut tanah mengikut keperluan dan keselesaan sendiri) ....boleh terus dicampurkan dengan tangan (diuli)... untuk mendapatkan tanah yg sebati dan tidak berketul-ketul. Dalan keadaan ini tanah perlu diuli dengan lebih berhati-hati & lebih byk...kerana tanah sebegini sukar untuk mendapatkan kelembutan sekata. Adakalanya...terdapat tanah yg sedikit keras berbanding tanah lebih lembut disekitarnya.
4. Jika tanah terlalu lembut.....tanah boleh diletakkan seketika di atas bat plaster....@ uli tanah di atas bat plaster sehingga mendapat kelembutan tanah liat yg dikehendaki.
5. Tanah yg selesai diuli, boleh digunakan.....

Bagi mereka yg baru dan masih ragu-ragu dengan keadaan tanah yg baik....tidak digalakkan teknik ini...tetapi bagi mereka yg telah biasa...teknik ini lebih mudah dan menjimatkan masa....Untuk mereka yg baru...digalakkan untuk membiasakan teknik ini ketika menghasilkan barangan latihan harian dan bukan untuk barangan penting...sehingga yakin dapat menghasilkan tanah yg baik untuk menghasilkan barangan bermutu.



Tanah yg direndam dengan air
Tanah kering

Tanah yg diletakkan di atas bat plaster

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA DENGAN DUNIA & ILMU BARU ANDA

10.4.13

Tanah itu duniaku....

Satu ketika dulu....pernah berkata...kotor nyer tanah tu...lumpur...comot n mengotorkan.....tapi setelah mengenali tanah dengan jiwa....rupa-rupa nyer...setiap inci TANAH itu...penuh dengan emas dan jiwa....manusia itu sendiri dijadikan daripada tanah...dan akan kembali kepada tanah......

MUla mengenali tanah.....secara rapat dan rapat (sehingga tertidur dengan tangan yg penuh dengan tanah) unik nyer sifat tanah....istimewanya tanah......aku tidak pernahkan tanah sehingga ke hari ini....rasa rindu apabila lama tidak berkarya.....

Pernah aku memberi pendapat kepada juniorku...kalau nak pandai dan berjaya...(nak cepat pandai)...makan la tanah ku...nescaya cepat pandai terutama ....throwing.....hahahaha...Eh .....tapi betul...sebab...pabila lidah merasa.....otak akan mencerna dan jiwa akan mentafsir....tangan akan bertindak....eeemmmmm.......makan tanah....tidur tanah.......bercinta dengan tanah....

Sifat yang lembut...  boleh diadun ....mudah dibentuk mengikut jiwa...dan hati ku.....memberi berjuta rasa yang berlainan setiap kali aku mengotorkan tanganku dengan lumpur.....

Hari ini....tanah itu duniaku....




Nanti kita sambung lagi citer pasal tanah dan seramik...

Jiwa Seramik

Salam.... terasa nak berkongsi pengalaman....kita berbicara apa saja tentang art.....terutama seramik....


seramik....

daripada tanah....

dilembutkan dengan air...
dibentuk dengan tangan...
dikeringkan dengan angin...
dikeraskan dengan api..

dibelai dan dipujuk dengan jiwa....