Lazimnya, tanah pasti akan berlebihan atau, adakalanya karya kita akan musnah @ punah....tanah yg masih belum dibakar boleh digunakan semula....dengan cara kitar semula tanah.....caranya mudah saja...
ada beberapa cara yg biasa digubakab..cara yg ringkas n cara yg sedikit memerlukan tenaga tetapi hasilnya puas hati.....pertama.....
CARA YG FORMAL......(byk kerja tapi berkualiti)
1. Keringkan tanah yg telah digunakan (mungkin terlalu byk air @ terlalu keras)-
2. pecahkan kepada kepingan kecil.
3. Pastikan benar-benar kering...(letakkan di bawah cahaya matahari...
4. Ketuk tanah kering menjadi halus..
5. masukkan ke dalam bekas yg sesuai....pastikan sekata..
6. masukkan air perlahan-lahan sehingga melebihi sedikit paras tanah (lebih kurang 1-2 inci) ....air
akan meresap perlahan-lahan....pastikan air melebihi sedikit sahaja drpd tanah ketika resapan
berlaku.
7. Biarkan tanah selama beberapa jam...1 hari lebih baik..
8. gaulkan tanah dengan tangan, kayu atau mixer supaya lebih sebati....tanah akan menjadi tanah lembut
atau slip(tanah cair) jika terlebih air...
9. tapis tanah untuk buang anasir-anasir yg tidak diperlukan....batu, sampah, ranting, ketul tanah yg
keras @ apa saje....
10.Letakkan slip di atas bat plaster..jika tanah terlalu lembut....biarkan seketika hingga air dalam tanah
berkuranga dan sesuai untuk di uli dan menjadi tanah liat yg cantik.
11.Uli tanah sehingga hilang semua angin sebelum digunakan...
Cara ini mungkin cerewet sedikit tetapi hasil tanah lebih berkualiti..tertutama untuk memastikan tanah yg dihasilkan sekata dan tidak berketul-ketul. Ketulan tanah yg terperangkap di dalam tanah liat....mungkin akan mengganggu kelancaran pembuatan ...terutama ketika teknik throwing...Angin juga mudah terperangkap dan akan mengakibatkan barangan yg dihasilkan pecah...
Teknik kitar semula ini akan memastikan tanah yg baik dan amat sesuai untuk throwing.....kurang risiko...dan lebih mudah untuk 'centering'.
CARA KEDUA ...
1. Tanah yg telah digunakan (sama ada yg terlebih air @ terlalu keras)...dimasukan kedalam bekas besar....
2. Isikan air yg lebih byk (biasanya...bekas sebegini akan disediakan sentiasa...setiap tanah yg tidak digunakan akan dimasukkan ke dalam bekas ini.....) Air akan sentiasa penuh & tanah akan dibiarkan sentiasa terendam)
3. Ambil @ pilih tanah yg telah lembut mengikut keperluan...(lembut tanah mengikut keperluan dan keselesaan sendiri) ....boleh terus dicampurkan dengan tangan (diuli)... untuk mendapatkan tanah yg sebati dan tidak berketul-ketul. Dalan keadaan ini tanah perlu diuli dengan lebih berhati-hati & lebih byk...kerana tanah sebegini sukar untuk mendapatkan kelembutan sekata. Adakalanya...terdapat tanah yg sedikit keras berbanding tanah lebih lembut disekitarnya.
4. Jika tanah terlalu lembut.....tanah boleh diletakkan seketika di atas bat plaster....@ uli tanah di atas bat plaster sehingga mendapat kelembutan tanah liat yg dikehendaki.
5. Tanah yg selesai diuli, boleh digunakan.....
Bagi mereka yg baru dan masih ragu-ragu dengan keadaan tanah yg baik....tidak digalakkan teknik ini...tetapi bagi mereka yg telah biasa...teknik ini lebih mudah dan menjimatkan masa....Untuk mereka yg baru...digalakkan untuk membiasakan teknik ini ketika menghasilkan barangan latihan harian dan bukan untuk barangan penting...sehingga yakin dapat menghasilkan tanah yg baik untuk menghasilkan barangan bermutu.
Tanah yg direndam dengan air |
Tanah kering |
Tanah yg diletakkan di atas bat plaster |
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA DENGAN DUNIA & ILMU BARU ANDA
No comments:
Post a Comment