Showing posts with label menguli. Show all posts
Showing posts with label menguli. Show all posts

27.4.13

MENGULI LEMPARAN ALIN


PROSES MENGULI TANAH MENGGUNAKAN MESIN LEMPARAN ALIN



Kali ini saya nak berkongsi cerita seramik berkaitan dengan cara menguli di atas mesin lemparan alin (throwing). Teknik ini digunakan sebelum memulakan proses throwing. Ulian perlu dilakukan untuk memastikan tiada angin terperangkap. Angin akan menyebabkan proses 'centering' dan membentuk menjadi sukar dan 'gelong'.






Tanah disediakan di atas mesin Lemparan Alin. Tanah perlulah dalam keadaan lembut dan telah diuli dengan baik.

Sebelum memulakan proses, pastikan kedudukan tempat duduk, kaki dan tangan dalam keadaan betul. Hal ini amat penting untuk memastikan proses ulian berjalan lancar. Tempat duduk yang tidak sesuai dan selesa akan mengakibatkan sakit pinggang dan hilang tumpuan, kedudukan ini juga akan memastikan kawalan nafas yang baik sepanjang proses. Kawalan nafas amat penting.

Kedudukan kaki akan menyokong kawalan tekanan tangan ke atas tanah. Siku perlu diletakkan di atas paha sebagai penyokong ketika menekan tanah terutama ketika 'centering'. Tangan terutama dibahagiam atas dan lengan perlu dalam kedudukan tegas dan patuh tetapi tapak tangan dalam keadaan lembut membelai tanah.






Tanah perlu diuli di atas mesin sekali lagi untuk tujuan membuang angin yang terperangkap. Ketika ini tanah perlu di 'center' agar memudahkan proses menaikkan tanah.





Tanah diuli sambil membentuk tanah agar sekata. Ketika ini agak sukar untuk mengawal tanah kerana tanah tidak sekata.





Tanah mula dilurut keatas sambil menekan agar tidak gelong. Ketika ini tangan perlu sentiasa basah untuk memudahkan lurutan. Lurut tanah sambil membawa ke atas perlahan-lahan. Urutan sambil menekan perlu berulang-ulang daripada bawah ke atas. 






Tanah dilurut ke atas setinggi yang boleh. Angin akan keluar sedeikit demi sedikit ketika proses melurut.





Lurutan perlu konsisten dan berhati-hati, jika tidak tanah mungkin akan patah atau angin masuk semula.





Tanah diturunkan semula perlahan-lahan. Tanah yang tinggi boleh ditekan sambil membengkon dengan kawalan agar tidak terputus. Tekan bahagian atas sambil membawa tanah menurun.





Tanah diturunkan sehingga menjadi datar semula. Kawalan amat penting agar tidak 'gelong'. Tanah yang gelong akan menyukarkan proses menguli. 




Tanah dilurut semula ke atas setinggi yang boleh. Angin akan keluar sedeikit demi sedikit ketika proses melurut. 



Proses ini perlu dilakukan berulang kali sehingga angin dipastikan tiada lagi terkandung di dalam tanah.

















24.4.13

Menguli


           MENGULI adalah satu perkara penting dalam dunia SERAMIK. Tanah liat yg mahu digunakan sebelum membuat sesebuah barangan seramik. Tanah liat perlu diuli sehingga benar-benar tidak mengandungi angin..... tetapi masih ramai yang mengabaikan proses menguli ini...

        Ramai yang hanya menguli tanah liat dengan ambil mudah sekadar menguli dengan syarat.....tanpa proses menguli dengan baik....bukan angin yang ada akan keluar....tetapi akan menyebabkan semakin banyak angin yang akan terperangkap....AWAS......angin yang terperangkap akan menyebabkan barangan seramik pecah ketika proses pengeringan dan mungkin MELETUP ketika pembakaran.

        Okey......kali ini, saya nak bercerita tentang proses menguli ini.....



Sebelum memulakan proses...pastikan kedudukan kaki...kaki kanan sedikit kehadapan ...manakala kaki kiri sedikit kebelakang. Kedudukan kaki akan membantu badan selesa dan mengurangkan sakit pinggang.
Ambil tanah liat mengikut keperluan.....bagi mereka yang baru jangan terlalu banyak...


Mula menekan ketulan tanah disatu bahagian sambil menghalakan tekanan ke arah sedikit bertentangan (seperti menyerong). 


Ulang sambil seakan memusingkan tanah sambil menekan kuat....lakukan berulang kali....tanah akan terbentuk seakan SIPUT. Angin akan keluar setiap kali proses tekanan tanah dilakukan. Tetapi AWAS, jika tekanan dilakukan tidak mengikut aturan....angin akan memasuki tanah semula.........


Ulian yang baik akan menghasilkan bentuk siput yang cantik....yang menandakan  angin tidak terperangkap dalam tanah. Ulian ini sebaiknya dibuat melebih 60 kali untuk mendapatkan hasil tanah liat yang baik.


Setelah selesai.......Tekan tanah perlahan-lahan sambil membentuk tanah menjadi membulat. Jangan lipat tanah dengan drastik....tindakan ini memungkinkan angin kembali terperangkap dalam tanah. Tindakan menekan tanah perlahan-lahan dan tertib.....memastikan tanah membulat tanpa angin...


Tanah yang baik tanpa angin akan memudahkan kerja-kerja membuat seramik, terutama untuk persediaan Lemparan Alin (throwing). Kandungan angin akan mengakibatkan tanah sukar untuk proses 'centering'.

Tanah sebegini amat berguna untuk seramik buatan tangan seperti picit cubit, lingkaran dan terutama kepingan. Tanah yang mengandungi tangan akan mengakibatkan seramik retak, pecah dan adakalanya meletup ketika pembakaran (jika ruang angin besar).


Akan kita akan tampilkan centering di atas mesin Lemparan Alin.