10.12.15

TEKNIK LINGKARAN

SALAM SEMUA...SALAM SENI......

Kali ini saya nak bersembang pasal teknik -teknik pembuatan dan hasilan seramik asas iaitu butan tangan. Teknik buatana tangan adalah pengenalan kepada seseorang yang baru berjinak-jinak dengan bidang atau seni seramik. Namun teknik buatan tangan juga menjadi pilihan sesetengah penggiat seramik kerana hasilan barangan seramik buatan tangan sangat menarik dan penuh kreatif.

TEKNIK LINGKARAN

Kali ini pengenalan kepada hasilan barangan Teknik Lingkaran. Teknik ini sangat menarik kerana lingkaran akan membentuk dekorasi  secara langsung apabila lingkaran dipelbagaikan bentuk. Lingkaran boleh dihasilkan dalam pelbagai cara dan disusun mengikut kesesuaian atau rekabentuk yang ingin dihasilkan.




Lingkaran dihasilkan di antara 0.5 cm - 0.7 cm diameter. Tidak berlalu kecil dan tidak terlalu besar. Saiz diameter ini sesuai untuk membina bentuk hasilan seramik yang menarik. 





Kepelbagaian bentuk lingkaran akan menghasilkan hasil karya yang pelbagai dan menarik, Lingkaran boleh dibentuk terlebih dahulu sebelum disusun untuk membentuk barangan.


\






Untuk menghasilkan karya teknik lingkaran ini, dasar bahagian bawah perlu di buat dahulu memggunakan tanah kepingan membentuk bentuk yang ingin dihasilkan. Lingkaran kemudian dibuat di atas kain kanvas mengikut bentuk yang ingin dihasilkan dan lakukan berulang kali sehingga bentuk dapat dihasilkan dengan jayanya.









SELAMAT BELAJAR .....


(# Sebahagian gambar ehsan Google)

No comments:

Post a Comment