Showing posts with label Motif. Show all posts
Showing posts with label Motif. Show all posts

23.4.13

SGRAFITTO


TEKNIK SGRAFITTO

    Salah satu teknik kegemaran saya ketika menghasilkan dekorasi seramik adalah TEKNIK SGRAFITTO. Teknik ini menarik dengan keunikannya tersendiri. Kali ini kita bercerita melalui pengalaman saya sendiri menghasilkan dekorasi teknik sgrafitto. Dengan kata lain.....lorekan yang dibuat di atas permukaan berwarna menggunakan alat.

        Teknik ini lebih menarik jika memilih motif yang banyak jalinan dan pelbagai bentuk. Motif sebegini akan menjadikan kesan lorekan sgrafitto menarik.

          Saya memilih motif pokok bakau yang mempunyai akar yang banyak. Akar-akar ini akan menghasilkan kesan lorekan yang banyak dalam dekorasi ini.



Pokok Bakau

Akar pokok bakau akan menjadikan kesan lorekan menjadi menarik
galeri kantanblogspot
Outline Motif Pokok Bakau dilukis di atas kertas putih (lebih baik di atas kertas surih (tracing paper).

galeri kantanblogspot
Warnakan motif mengikut design yang disukai. (untuk panduan ). Kawasan yang diwarnakan akan menentukan warna yang dipilih.

 



         Sediakan warna - pigment stains colour yang dicampurkan dengan slip . Lebih baik dibancuh dengan nisbah yang sesuai untuk mendapatkan warna yang cantik. Nisbah yang sesuai akan menentukan warna yang dikehendaki atau warna terlalu pudar dan mencacatkan dekorasi tersebut.

   
 
   
        Sediakan kepingan tanah yang separa kering (jangan terlalu kering atau terlalu basah - pastikan tidak menggleding ). Lazimnya, tanah liat berwarna cerah menjadi pilihan, kerana jika menggunakan tanah liat yang berwarna gelap, warna tidak akan menyerlah cantik seperti yang diingini.


Dalam teknik ini ada beberapa cara yang boleh diaplikasikan, pertama menggunakan hanya satu warna seperti dibawah....    


      Sapukan  1 warna yang dikehendaki seperti hijau, merah, biru, hitam dll. Kemudian biarkan seketika untuk mengeringkan warna tersebut. Ulang sebanyak 3 lapisan sapuan. Biarkan sehingga hampir kering. Cara ini hanya menggunakan satu warna sahaja.
   


Gunakan lakaran di kertas tadi sebagai contoh, tekap kertas motif di atas tanah untuk mendapatkan kesan motif. Kemudian lorekan tanah mengikut kesan lorekan menggunakan, needle, pensil, pen atau wood tool yang sesuai.




Kesan lorekan akan menghasilkan motif, pastikan lorekan menimbulkan warna asli tanah. 



Manakala cara kemudia pula akan menggunakan 2 warna yang bertindih.......atau....menimbulkan warna dilorekan dan warna asal tanah dipermukaan.


Sapukan warna pilihan (sebaiknya warna yang terang). 3 lapisan hingga 5 lapisan untuk mendapatkan warna yang tebal. 


Kemudian sapukan pula warna asli tanah atau warna lain yang kontra dengan lapisan warna sebelumnya. lapisan ini jua memerlukan 3 lapaisan sapuan.


Buat lorekan sgrafitto dipermukaan kepingan setelah separa kering. Pastikan lorekan tidak terlalu dalam, sebaliknya pastikan warna lapisan pertama terhasil. Dengan sendirinya, motif terhasil daripada kesan lorekan warna dibahagian pertama. Lorekan boleh dibuat dengan lorekan kasar atau halus @ hanya garisan-garisan yang pelbagai gaya.

Biarkan kepingan kering dan kemudian dibakar. Apabila kepingan diglaze, dekorasi akan mejadi lebih menarik.

Selamat mencuba, beranilah mencuba dan meneroka motif-motif yang lebih menarik dan sukar, ia akan menghasilkan lorekan yang pelbagai. Pelbagai ketebalan garisan dan elemen garisan yang berbeza akan lebih menarik.

Bye..bye....



18.4.13

Cantiknya Kepunyaan Kita...

MOTIF SERAMIK TRADISIONAL DI MALAYSIA


        Ini hanya sebahagian motif tradisional Malaysia yg popular, ada byk lagi......Jika diperhatikan dengan teliti...memang menarik dan jika diaplikasikan ke atas karya seramik atau karya seni lain juga menarik....
      Tambahan pula jika dipelbagaikan cara dan teknik aplikasi.......motif tradisional di Malaysia....mengandungi pelbagai makna yang tersurat & tersirat. Falsafah dan pengertian yg menarik....tidak ada satu pun motif-motif ini yg terjadi & terbina dgn sendiri tanpa pengertian @ makna. Kebanyakan motif ini terkandung pengertian yg amat rapat dengan kehidupan masyarakat.
     Motif juga menggambarkan situasi persekitaran kehidupan masyarakat di mana wujudnya motif tersebut.....


Antara Motif Tradisional yg diaplikasikan cara moden.


            Antara kategori Seramik tradisional Malaysia yg popular adalah


  1. Seramik Tradisional Pulau tiga  (Pasu, mangkuk dll)
  2. Seramik Tradisional Kuala Kangsar (Pasu, mangkuk,dll)
  3. Seramik Tradisional Mambong (Pasu, Periuk, Perasapan, Mangkuk  dll)
  4. Seramik Tradisional Tembeling (Pasu, Periuk, Perasapan, Mangkuk dll)
  5. Seramik Tradisional Sarawak (Pasu, Belanga, tempayan dll)
  6. Seramik Tradisional  India (Belanga, Perasapan, Bekas lilin, pinggan, dll)
Senarai di atas hanyalah sebahagian yang popular....., terdapat beberapa barangan lagi...

     Perkara yang paling menarik perhatian saya adalah bagaimana terciptanya setiap motif dan bentuk dalam pembuatan seramik di Malaysia. Nilai-nilai penuh falsafah adalah asas penciptaan motif....antara motif yg paling popular ialah "Pucuk Rebung"....terbina daripada sumber alam yg paling hampir dengan kehidupan masyarakat Melayu dahulu kala....terkandung di dalamnya falsafah....."Jika mahu melentur buluh...haruslah daripada rebungnya....lebih lembut dan mentah..mudah dibentuk dengan baik...dan akan membesar dengan baik dan melahirkan baka yg baik untuk kehidupan seterusnya....begitu juga dalam amalan manusia seharian...jika mahu melentur sikap dan sifat anak-anak...haruslah daripada usia muda...mudah menerima kebaikan dan seterusnya...menjadi manusia cemerlang dan menghasilkan masyarakat dan seterusnya kehidupan yg baik......"

   Satu lagi motif yang menarik perhatian saya ialah...."Bunga Lawang"...Sejenis rempah ratus yg menjadi penyedap rasa masakan...penyeri...dan sebagai bunga..Bunga Lawang...amat sinonim dengan kehidupan seharian masyarakat......"Bunga lawang diumpamakan sebagai seorang anak gadis....cantik dan dicantik serta diserikan dengan budaya, manis budi pekerti dan penyeri dalam kehidupan berkeluarga....bunga lawang diumpamakan seakan seorang gadis yg membesarkan dengan penuh abad dan sopan serta menjadi harta berharga dalam sesebuah keluarga...sinonim dengan pentingnya...rempah ratus dalam masyarakat dan ekonomi di Tanah Melayu pada satu masa dahulu....


   Bercerita berkaitan dengan motif asli tradisional Melayu...tidak akan pernah tamat.....dari satu perkara akan terus bersangkut paut dengan perkara lain....dan akan berpaut pula dengan perkara iringan dan seterusnyamenjadi satu kelompok perkara yg besar........unik dan menarik.........byk lagi yg boleh diselidiki....cukup setakat ini untuk kali ini.......