Showing posts with label teknik. Show all posts
Showing posts with label teknik. Show all posts

9.1.14

TEKNIK 'SPONGING'

TEKNIK 'SPONGING'

PROSES PENGHASILAN REKAAN
Bahan Kajian (‘Subjek Matter’)
            Teknik ini memerlukan saya membuat kajian daripada subjek matter, oleh itu saya telah memilih Bunga Kertas atau dikenali sebagai Bunga Dulang. Bunga kertas selalunya digunakan sebagai pokok hisan dirumah-rumah persendirian atau taman. Bunga kertas terdiri dari pelbagai warna tetapi bentuk dan coraknya adalah sama. Ia digemari oleh ramai penggemar bunga hiasan taman kerana pokoknya rendang dan banyak bunga.


Untuk teknik ini saya telah olah sedikit daripada bentuk asal bunga kertas, tetapi tidak menghilangkan identiti dan bentuk bunga kertas. Olahan perlu kerana teknik ini memerlukan rekaan atau motif diukir di atas span tebal sebelum diaplikasikan ke atas barangan.

 


Lakaran perkembangan dan olahan subjek matter
 
 

TEKNIK PEMBUATAN DAN PROSES PENGHASILAN BARANGAN
            Teknik sponging agak mudah untuk dihasilkan, hanya menggunakan span yang diukir dengan pisau dan dicelup di dalam engobe. Kesan motif akan terhasil dan membentuk rekacorak yang menarik secara tersendiri. Berikut adalah proses untuk menghasilkan dekorasi sponging.


Motif dilukis di atas span dan kemudian bahagian yang tidak diperlukan dibuang. Ketika memotong span untuk mendapatkan bentuk motif, pisau perlulah tajam agar kerja-kerja berjalan lancar dan kemas.

Setelah siap span dicelupkan ke dalam engobe untuk mendapatkan warna. Pastikan celupan tidak telalu dalam. 



 Motif perlu dicuba dahulu sebelum diaplikasikan ke atas kepingan tanah atau barangan untuk memastikan bentuk yang dikehendaki terhasil.



Kepingan tanah disediakan  dan dibiarka separa kering.bersaiz 6 inci X 6 inci dan 1 cm tebal.



Motif diaplikasikan ke atas kepingan tanah. Mesan span akan terbentuk secara semulajadi di atas motif yang di sediakan. Warna lain boleh dibuat sebagai warna asas  kepingan sebelum motif diaplikasikan.




Cara yang sama digunakan untuk mengaplikasikan teknik ini di atas barangan pelbagai bentuk. Pelbagai warna engobe boleh digunakan. 

HASIL KEMASAN BARANGAN PERLU MENGGUNAKAN GLAZE LUT SINAR YANG JELAS....AGAR MOTIF DAN KESAN 'SPONGING' MENARIK

Selamat Mencuba...

26.4.13

MOCHA MAGIC DEKORASI

Salam....semua....peminat seramik...menggemar seni....peminat kehalusan.....pengikut keindahan....!!!

        Sebelum ini saya bercerita tentang TEKNIK SGRAFITTO. Satu teknik dekorasi yang amat menarik...kali ini saya nak bercerita tentang satu lagi teknik dekorasi seramik......TEKNIK MOCHA MAGIC......

      Air rendahan daun teh dan tembakau adalah bahan penting di dalam menghasilkan dekorasi ini. Rendaman ini dibiarkan menjadi pekat dan sejuk. Tapis dan asingkan daun, hanya airnya akan digunakan. 




Campurkan air rendaman dengan pigment pewarna mengikut pilihan. Campuran hendaklah dikacau hingga sevati tiada ketulan dan warnanya sesuai.


Sediakan juga slip putih. Slip ini akan disapu dipermukaan barangan seramik sebelum menitiskan warna. 


Sapu slip dengan sekata, pastikan tidak terlalu cair dan tiada ketulan. Slip sebaiknya ditapis. Sapu dengan menggunakan berus lembut agar sapuan rata. 




Dengan menggunakan berus kecil dan bulat. Titiskan warna yang dicampur dengan air rendaman teh atau tembakau di atas slip semasa slip masih basah. Warna akan merebak mengikut cara titisan. Letakkan perlahan-lahan dan kawalan berus boleh menjadikan bentuk dan corak motif menjadi menarik. Jangan lukis menggunakan berus di atas permukaan slip, hanya titiskan warna menggunakan hujung berus yang menyentuh perlahan di atas permukaan. Motif akan merebak dengan sendiri. Kawalan boleh dilakukan dengan cara menggerakkan badan seramik. Badan seramik boleh dioleng-olengkan untuk mendapatkan gerakan motif yang menarik.




Adakalanya, motif akan membentuk seakan bunga, pokok atau karang laut atau juga motif abstrak. Juga boleh dipelbagaikan warna dan boleh mencuba menggunakan bahan rendaman lain. 




Ini antara contoh hasil MOCHA MAGIC yang dihasilkan oleh seorang artis seramik antarabangsa.



23.4.13

SGRAFITTO


TEKNIK SGRAFITTO

    Salah satu teknik kegemaran saya ketika menghasilkan dekorasi seramik adalah TEKNIK SGRAFITTO. Teknik ini menarik dengan keunikannya tersendiri. Kali ini kita bercerita melalui pengalaman saya sendiri menghasilkan dekorasi teknik sgrafitto. Dengan kata lain.....lorekan yang dibuat di atas permukaan berwarna menggunakan alat.

        Teknik ini lebih menarik jika memilih motif yang banyak jalinan dan pelbagai bentuk. Motif sebegini akan menjadikan kesan lorekan sgrafitto menarik.

          Saya memilih motif pokok bakau yang mempunyai akar yang banyak. Akar-akar ini akan menghasilkan kesan lorekan yang banyak dalam dekorasi ini.



Pokok Bakau

Akar pokok bakau akan menjadikan kesan lorekan menjadi menarik
galeri kantanblogspot
Outline Motif Pokok Bakau dilukis di atas kertas putih (lebih baik di atas kertas surih (tracing paper).

galeri kantanblogspot
Warnakan motif mengikut design yang disukai. (untuk panduan ). Kawasan yang diwarnakan akan menentukan warna yang dipilih.

 



         Sediakan warna - pigment stains colour yang dicampurkan dengan slip . Lebih baik dibancuh dengan nisbah yang sesuai untuk mendapatkan warna yang cantik. Nisbah yang sesuai akan menentukan warna yang dikehendaki atau warna terlalu pudar dan mencacatkan dekorasi tersebut.

   
 
   
        Sediakan kepingan tanah yang separa kering (jangan terlalu kering atau terlalu basah - pastikan tidak menggleding ). Lazimnya, tanah liat berwarna cerah menjadi pilihan, kerana jika menggunakan tanah liat yang berwarna gelap, warna tidak akan menyerlah cantik seperti yang diingini.


Dalam teknik ini ada beberapa cara yang boleh diaplikasikan, pertama menggunakan hanya satu warna seperti dibawah....    


      Sapukan  1 warna yang dikehendaki seperti hijau, merah, biru, hitam dll. Kemudian biarkan seketika untuk mengeringkan warna tersebut. Ulang sebanyak 3 lapisan sapuan. Biarkan sehingga hampir kering. Cara ini hanya menggunakan satu warna sahaja.
   


Gunakan lakaran di kertas tadi sebagai contoh, tekap kertas motif di atas tanah untuk mendapatkan kesan motif. Kemudian lorekan tanah mengikut kesan lorekan menggunakan, needle, pensil, pen atau wood tool yang sesuai.




Kesan lorekan akan menghasilkan motif, pastikan lorekan menimbulkan warna asli tanah. 



Manakala cara kemudia pula akan menggunakan 2 warna yang bertindih.......atau....menimbulkan warna dilorekan dan warna asal tanah dipermukaan.


Sapukan warna pilihan (sebaiknya warna yang terang). 3 lapisan hingga 5 lapisan untuk mendapatkan warna yang tebal. 


Kemudian sapukan pula warna asli tanah atau warna lain yang kontra dengan lapisan warna sebelumnya. lapisan ini jua memerlukan 3 lapaisan sapuan.


Buat lorekan sgrafitto dipermukaan kepingan setelah separa kering. Pastikan lorekan tidak terlalu dalam, sebaliknya pastikan warna lapisan pertama terhasil. Dengan sendirinya, motif terhasil daripada kesan lorekan warna dibahagian pertama. Lorekan boleh dibuat dengan lorekan kasar atau halus @ hanya garisan-garisan yang pelbagai gaya.

Biarkan kepingan kering dan kemudian dibakar. Apabila kepingan diglaze, dekorasi akan mejadi lebih menarik.

Selamat mencuba, beranilah mencuba dan meneroka motif-motif yang lebih menarik dan sukar, ia akan menghasilkan lorekan yang pelbagai. Pelbagai ketebalan garisan dan elemen garisan yang berbeza akan lebih menarik.

Bye..bye....