TEKNIK 'SPONGING'
PROSES PENGHASILAN REKAAN
Bahan Kajian (‘Subjek
Matter’)
Teknik
ini memerlukan saya membuat kajian daripada subjek matter, oleh itu saya telah
memilih Bunga Kertas atau dikenali sebagai
Bunga Dulang. Bunga kertas selalunya
digunakan sebagai pokok hisan dirumah-rumah persendirian atau taman. Bunga
kertas terdiri dari pelbagai warna tetapi bentuk dan coraknya adalah sama. Ia
digemari oleh ramai penggemar bunga hiasan taman kerana pokoknya rendang dan
banyak bunga.
Untuk teknik ini saya
telah olah sedikit daripada bentuk asal bunga kertas, tetapi tidak
menghilangkan identiti dan bentuk bunga kertas. Olahan perlu kerana teknik ini
memerlukan rekaan atau motif diukir di atas span tebal sebelum diaplikasikan ke
atas barangan.
|
|||||
|
TEKNIK PEMBUATAN DAN
PROSES PENGHASILAN BARANGAN
Teknik
sponging agak mudah untuk
dihasilkan, hanya menggunakan span yang diukir dengan pisau dan dicelup di
dalam engobe. Kesan motif akan terhasil
dan membentuk rekacorak yang menarik secara tersendiri. Berikut adalah proses
untuk menghasilkan dekorasi sponging.
Motif dilukis di atas span
dan kemudian bahagian yang tidak diperlukan dibuang. Ketika memotong span untuk
mendapatkan bentuk motif, pisau perlulah tajam agar kerja-kerja berjalan lancar
dan kemas.
|
|||||
|
|||||
Setelah siap span dicelupkan
ke dalam engobe untuk mendapatkan warna. Pastikan celupan tidak telalu dalam.
|
|||||
Motif perlu dicuba dahulu sebelum diaplikasikan ke atas kepingan tanah
atau barangan untuk memastikan bentuk yang dikehendaki terhasil.
Kepingan tanah
disediakan dan dibiarka separa
kering.bersaiz 6 inci X 6 inci dan 1 cm tebal.
Motif diaplikasikan ke atas kepingan tanah. Mesan span akan terbentuk
secara semulajadi di atas motif yang di sediakan. Warna lain boleh dibuat
sebagai warna asas kepingan sebelum
motif diaplikasikan.
Cara yang sama digunakan untuk mengaplikasikan teknik ini di atas barangan
pelbagai bentuk. Pelbagai warna engobe
boleh digunakan.
HASIL KEMASAN BARANGAN PERLU MENGGUNAKAN GLAZE LUT SINAR YANG JELAS....AGAR MOTIF DAN KESAN 'SPONGING' MENARIK
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment