TEKNIK SGRAFITTO
Salah satu teknik kegemaran saya ketika menghasilkan dekorasi seramik adalah TEKNIK SGRAFITTO. Teknik ini menarik dengan keunikannya tersendiri. Kali ini kita bercerita melalui pengalaman saya sendiri menghasilkan dekorasi teknik sgrafitto. Dengan kata lain.....lorekan yang dibuat di atas permukaan berwarna menggunakan alat.
Teknik ini lebih menarik jika memilih motif yang banyak jalinan dan pelbagai bentuk. Motif sebegini akan menjadikan kesan lorekan sgrafitto menarik.
Saya memilih motif pokok bakau yang mempunyai akar yang banyak. Akar-akar ini akan menghasilkan kesan lorekan yang banyak dalam dekorasi ini.
Pokok Bakau |
Akar pokok bakau akan menjadikan kesan lorekan menjadi menarik |
Outline Motif Pokok Bakau dilukis di atas kertas putih (lebih baik di atas kertas surih (tracing paper). |
Warnakan motif mengikut design yang disukai. (untuk panduan ). Kawasan yang diwarnakan akan menentukan warna yang dipilih. |
Sediakan kepingan tanah yang separa kering (jangan terlalu kering atau terlalu basah - pastikan tidak menggleding ). Lazimnya, tanah liat berwarna cerah menjadi pilihan, kerana jika menggunakan tanah liat yang berwarna gelap, warna tidak akan menyerlah cantik seperti yang diingini.
Dalam teknik ini ada beberapa cara yang boleh diaplikasikan, pertama menggunakan hanya satu warna seperti dibawah....
Sapukan 1 warna yang dikehendaki seperti hijau, merah, biru, hitam dll. Kemudian biarkan seketika untuk mengeringkan warna tersebut. Ulang sebanyak 3 lapisan sapuan. Biarkan sehingga hampir kering. Cara ini hanya menggunakan satu warna sahaja.
Gunakan lakaran di kertas tadi sebagai contoh, tekap kertas motif di atas tanah untuk mendapatkan kesan motif. Kemudian lorekan tanah mengikut kesan lorekan menggunakan, needle, pensil, pen atau wood tool yang sesuai.
Kesan lorekan akan menghasilkan motif, pastikan lorekan menimbulkan warna asli tanah.
Sapukan warna pilihan (sebaiknya warna yang terang). 3 lapisan hingga 5 lapisan untuk mendapatkan warna yang tebal.
Kemudian sapukan pula warna asli tanah atau warna lain yang kontra dengan lapisan warna sebelumnya. lapisan ini jua memerlukan 3 lapaisan sapuan.
Buat lorekan sgrafitto dipermukaan kepingan setelah separa kering. Pastikan lorekan tidak terlalu dalam, sebaliknya pastikan warna lapisan pertama terhasil. Dengan sendirinya, motif terhasil daripada kesan lorekan warna dibahagian pertama. Lorekan boleh dibuat dengan lorekan kasar atau halus @ hanya garisan-garisan yang pelbagai gaya.
Biarkan kepingan kering dan kemudian dibakar. Apabila kepingan diglaze, dekorasi akan mejadi lebih menarik.
Selamat mencuba, beranilah mencuba dan meneroka motif-motif yang lebih menarik dan sukar, ia akan menghasilkan lorekan yang pelbagai. Pelbagai ketebalan garisan dan elemen garisan yang berbeza akan lebih menarik.
Bye..bye....
No comments:
Post a Comment