26.4.13

MOCHA MAGIC DEKORASI

Salam....semua....peminat seramik...menggemar seni....peminat kehalusan.....pengikut keindahan....!!!

        Sebelum ini saya bercerita tentang TEKNIK SGRAFITTO. Satu teknik dekorasi yang amat menarik...kali ini saya nak bercerita tentang satu lagi teknik dekorasi seramik......TEKNIK MOCHA MAGIC......

      Air rendahan daun teh dan tembakau adalah bahan penting di dalam menghasilkan dekorasi ini. Rendaman ini dibiarkan menjadi pekat dan sejuk. Tapis dan asingkan daun, hanya airnya akan digunakan. 




Campurkan air rendaman dengan pigment pewarna mengikut pilihan. Campuran hendaklah dikacau hingga sevati tiada ketulan dan warnanya sesuai.


Sediakan juga slip putih. Slip ini akan disapu dipermukaan barangan seramik sebelum menitiskan warna. 


Sapu slip dengan sekata, pastikan tidak terlalu cair dan tiada ketulan. Slip sebaiknya ditapis. Sapu dengan menggunakan berus lembut agar sapuan rata. 




Dengan menggunakan berus kecil dan bulat. Titiskan warna yang dicampur dengan air rendaman teh atau tembakau di atas slip semasa slip masih basah. Warna akan merebak mengikut cara titisan. Letakkan perlahan-lahan dan kawalan berus boleh menjadikan bentuk dan corak motif menjadi menarik. Jangan lukis menggunakan berus di atas permukaan slip, hanya titiskan warna menggunakan hujung berus yang menyentuh perlahan di atas permukaan. Motif akan merebak dengan sendiri. Kawalan boleh dilakukan dengan cara menggerakkan badan seramik. Badan seramik boleh dioleng-olengkan untuk mendapatkan gerakan motif yang menarik.




Adakalanya, motif akan membentuk seakan bunga, pokok atau karang laut atau juga motif abstrak. Juga boleh dipelbagaikan warna dan boleh mencuba menggunakan bahan rendaman lain. 




Ini antara contoh hasil MOCHA MAGIC yang dihasilkan oleh seorang artis seramik antarabangsa.



No comments:

Post a Comment