TEKNIK DEKORASI INLAY
Untuk dekorasi ini saya memilih motif Arabesque. Motif arabesque (motif islamik) yang berunsurkan geometrical. Apa sahaja motif boleh digunakan, tetapi lebih kepada motif yang telah diubahsuai dan diperkembangkan (development of idea) dan berunsurkan garisan atau garisan yang membentuk motif.
Ini contoh garisan dekoratif berunsurkan Arabesque
Tanah berwarna perlu dihasilkan dengan mencampurkan pigment stain yang telah dibancuh dengan air dengan tanah. Beberapa cara boleh digunakan...salah satunya adalah cara di bawah....
Uli dengan baik untuk mendapatkan warna yang sekata pada tanah....
Contoh tanah yang telah diuli denangan warna
Aplikasikan motif yang telah dilakar pada kertas ke atas kepingan tanah (atau apa sahaja barangan yang menjadi pilihan) sebagai panduan....
Daripada kesan lorekan itu, korek dan buat seakan longkang mengikut motif yang ingin ditimbulkan dengan warna, buat semua longkang dengan kemas. Pastikan tanah tidak kering dan sentiasa lembab.
Buat lingkaran kecil menggunakan 'colour clay' dan kemudian letakkan dalam longkang yang dibuat tadi...tekan agar 'colour clay' sehingga mampat dalam longkang.
Kikis colour clay yang berlebihan sehingga sama rata dengan permukaan barangan. Biarkan tanah separa kering, kerana ketika ini, kikisan lebih mudah dilakukan dan mudah untuk mendapat kesan inlay yang cantik dan kemas.
Apabila selesai, kesan inlay dalam motif akan kelihatan menarik.
Pelbagai kesan inlay boleh dihasilkan mengikut kreativiti sendiri, Inlay ini boleh menggunakan pelbagai warna tanah. Wujudkan pelbagai jenis garisan dalam motif, kesan pelbagai garisan itu yang akan mewujudkan kesan inlay yang menarik.
SELAMAT MENCUBA..........
No comments:
Post a Comment