29.2.16


SALAM SEMUA SALAM BAHAGIA

MOGA SEINDAH MENTARI WAJAH BERSINAR HATI BERSERI

Kali ini saya nak bercerita perjalanan ke Kg Mambong, di Daerah Kuala Krai Kelantan,
Salah satu tempat pengeluar tembikar tradisional sejak zaman berzaman, di sini hanya terdapat 2 keluarga yang masih aktif menjalankan aktiviti membuat tembikar. Perjalanan mengambil masa hamoir 2 jam dr Kota Bahru ke Kuala Krai, kemudian kami menaiki bot yang dipanggil ;motor; oleh penduduk setempat dari Pekan Kuala Krai selama 45 minit untuk sampai ke tmpt tujuan.


Sangat-sangat teruja.... menikmati keindahan alam, tenang dan damai.... Kumpulan kami ini seramai 10 orang .... 8 orang pelajar postgradute dari UMK, 1 orang suami teman saya yg menjadi ketua dan  saya  sendiri... Kemudian kumpulan kami mendapat seorang ahli baru....  seorang pelajar Tingkatan 6 dari sekolah berhampiran.

ok... kita mula menjelajah tembikar tradisional MAMBONG.

(gambar-gambar hanya sebahagian, jika mahu lebih...anda perlu alami sendiri... hehehe)















Kendi tanah tradisional
Kami minum hasil yang dimasak menggunakan kendi tanah ini, airnya lebih segar, berkhasiat dan natural. untuk memasak air menggunakan Kendi ini sebaiknya menggunakan dapur kayu (sebab tu punggungnya hitam).




Saya juga sempat menyinggah di Perusahaan Atap Senggora Tradisional Kelantan.


Aktiviti ini adalah proses membuat Atap Sengora, Keluarga ini telah berpuluh tahun membuat Atap Senggora dan adalah sat-satunya yang menghasilkan Atap Tanah secara tradisonal tanpa mesin. Kak Ani beroperasi di Bachok.



Ini hanya lah sedikit dari perjalanan saya selama 4 hari di Kalantan, Ada masa saya bercerita lagi tentang perjalanan menyingkap khazanah Seramik Tradisional Kelantan.

Terima Kasih,


No comments:

Post a Comment