23.9.14

MASYARAKAT DAN SENI




MASYARAKAT DAN SENI




Satu ketika dahulu, ramai ibu bapa melarang keras anak-anak yang suka melukis, kata mereka melukis tidak akan memberi sebarang manfaat. Benarkah...? SENI tidak akan mampu menyuap makanan ke mulut si penggiat seni.... Apakah benar... ? Maka ramai anak-anak berjiwa seni terperangkap dalam jiwa terkongkong. Menyimpan bakat terpendam tersimpul rapi menggamit kekesalan. 

Masyarakat juga berperanan.... memandang sepi pencinta seni, segan memandang, silu menyapa. Entah di mana silapnya, maka banyak hasil SENI hanya tersembunyi dan tersimpan rapat dilubuk naluri. Jemari keras kaku, ingin menari-nari dikanvas suci, namun hanya mampu menyentuh rasa tanpa wajah.




Hakikatnya, SENI sangat rapat dengan manusia, dalam masyarakat, dalam kehidupan, SENI diperlukan, sangat diperlukan dan amat diperlukan. Tidak sangka bukan...? Kita berpakaian, SENI mewarnai fesyen yang menutupi tubuh, membuatkan manusia manis dan cantik, SENI berperanan walau seringkas mana jua bentuk pakaian. 

Kita berkasut, kasut juga tercipta dari sifat kreatif SENI, kita menggunakan peralatan seharian, segalanya tercipta hasil dari kekreatifan SENI. Mampukah kita menidakkan keSENIan dalam kehidupan. Kenderaan kita guna, keanggunan bentuk memukau juga hasil SENI. SENI yang diaplikasikan dari ilham dan keindahan alam. Apa yang dilihat, apa yang dirasa dan apa yang disentuh. 

Hari ini, ramai telah membuka mata, SENI dan kehidupan bukan asing, Alhamdulillah. Ramai telah meyedari SENI bukan sahaja sekadar melukis dan menconteng di kertas dan kanvas. SENI bukan hanya sekadar mengisi masa lapang, SENI adalah sau keindahan, satu keperluan, satu kenikmatan dan kepuasan. SENI mewarnai dan menyeliputi keriangan setiap kehidupan kita.



AKU HIDUP DALAM SENI








No comments:

Post a Comment