20.4.13

Gam Slip

Salam semua,

         Kali ini nak bersembang pasal 'gam slip' untuk menyambung tanah. Biasanya gam slip digunakan untuk menyambung satu bahagian dengan satu bahagian lain....seperti contoh, Tangkai yang perlu disambung dengan bahagian badan mug.
         Tanpa gam slip, bahagian yang disambung tidak akan berjaya dan akan tertanggal dan mengakibatkan tangkai rosak. Terutama ketika pembakaran. Ramai orang tidak mengambil berat tentang pentingnya gam slip ini. Ramai yang mengganggap apa sahaja tanah cair boleh digunakan....memang benar..tetapi gam slip yang baik akan menghasilkan barangan seramik yang cantik dan kemas...kerosakan dibahagian penyambungan dapat dielakkan.....

Caranya mudah sahaja.......

1.  Ambil tanah kering (apa sahaja jenis tanah yang ingin digunakan)  -  kuantiti mengikut keperluan
2.  Ketuk tanah menjadi kepingan kecil atau hancurkannya. (jemur semula tanah jika tidak cukup kering)
3.  Masukkan kedalam bekas yang boleh ditutup dengan baik (balang kaca, plastik, dll).
4.  Masukkan air sehingga sama paras dengan tanah, biarkan air meresap seketika. (Tambah air
     sehingga sama paras dengan tanah,) -Pastikan jangan mengacau ketika memasukkan air ke dalam
     tanah
5.  Biarkan tanah terendam dengan air melebih 10 minit atau lebih tanpa mengacau tanah.
6.  Kemudian gunakan kayu, sudu atau berus besar (mengikut kesesuaian dan keselesaan), kacau
     perlahan-lahan sehingga sebati (hancurkan tanah yg berketul), kemudian kacau tanah (telah menjadi
     slip pekat) sedikit laju sehingga slip kelihatan sedikit berkilat.
7.  Slip akan menjadi cantik, kemas dan tidak berketul...Jika mahu lebih halus....boleh ditapis sebelum
     menyimpannya. Slip ini boleh disimpan, lebih lama...lebih baik...ia kana menjadi cantik....Jika
     terlalu pekat....boleh ditambah air sedikit demi sedikit..... Pastikan slip dikacau sebelum digunakan
     jika telah disimpan lama...kerana ia akan mendak sedikit.


      Boleh la ikut jika berminat...saya suka gunakan cara ini....slip sebegini akan memastikan barangan seramik yang saya hasilkan kemas...tidak mudah tertanggal kerana slip yang halus akan memastikan tidak ada angin yang terperangkap...Ketulan tanah yang tidak hancur akan memungkinkan penyambungan bermasalah dengan angin.

     Saya akan membuat gam slip ini dalam balang kaca ( balang Mayonis besar +-) kemudian akan meyimpannya....sentiasa ada ketika berkarya......saya akan mengacau semula setiap kali ingin menggunakannya....

     Biasanya gam slip sebegini diperlukan untuk menghasilkan barangan seramik buatan tangan kerana untuk barangan menggunakan acuan....boleh terus menggunakan slip casting.

     Cubalah.....anda akan tahu sendiri....Ramai orang tidak ambing pusing akan hal ini.....







No comments:

Post a Comment