DEFINITION



Definisi Seramik

            Mengikut istilah definisi seramik ialah barangan yang dihasilkan daripada tanah yang mempunyai sifat plastik, dilembutkan dengan air, dikeringkan dengan angin dan di keraskan dengan api. Setiap barangan yang bernama seramik perlu dibakar. Seni atau teknik yang digunakan untuk menghasilkan barang-barang yang diperbuat daripada tanah liat, tembikar.
            Perkataan Seramik diambil darpada perkataan bahasa Inggeris Ceramic  berasal daripada Greek iaitu ‘Keramos’ yang bermakna barangan bersifat keras dan rapuh yang diperbuat daripada tanah liat.

 Latar Belakang

Seramik di Malaysia telah bermula sejak zaman batu, bukti didapati dengan terjumpanya tembikar dan peralatan daripada tanah yang dikuburkan dengan Perak Man. Barangan seramik mengikut sejarahnya digunakan oleh orang dahulu kala sebagai barangan  keperluan seharian. Ia terhasil daripada tanah yang banyak di sekitar kehidupan manusia. Dahulu lebih dikenali dengan tembikar. Seperti belanga, geluk, tempayan perasapan, periuk dan labu menyimpan air. Maklumat daripada nota Teknologi Seramik Institut Teknologi Mara cawangan Perak dan Kertas kerja Seminar Tembikar Dari Warisan ke Warisan, oleh Adi Haji Taha Jabatan Muzium dan Antikuiti.
            Barangan seramik boleh dihasilkan dengan pelbagai cara dan teknik, di seluruh dunia barangan seramik ada dihasilkan. Antaranya, teknik menggunakan buatan iaitu, kepingan, picit cubit, lingkaran dan lemparan ain. Namun lemparan alin perlu menggunakan mesin. Barangan seramik turut dihasilkan dengan teknik acuan iaitu menggunakan Plaster of Paris sebagai bahan acuan.
            Di Malaysia barangan Seramik sinonim dengan  Negeri Perak kerana Penghasilan Seramik Labu Sayong. Labu Sayong dan kini pelbagai barangan Seramik dihasilkan di Perak. Barangan seramik ini telah melalui pelbagai peringkat kemajuan dan pembaharuan.

                           



Contoh Barangan Seramik Tradisional


Barangan Seramik pada masa ini telah berkembang dan berubah. Kebanyakan barangan seramik pada hari ini lebih tertumpu kepada barangan kraf dan tidak lagi keperluan dalam kehidupan sahaja. Ini mungkin kerana peralatan memasak dan keperluan harian telah teralih kepada peralatan lain seperti periuk aluminium dan yang lebih moden dan mudah. Seramik menjadi hiasan dan lebih kepada mengindahkan, seramik kini menjadi cenderahati atau perhiasan dalaman atau landskap






       

Contoh Barangan Seramik  Masa Kini

No comments:

Post a Comment