9.7.13

LABU SAYONG

Salam Jumaat,

Maaf dah lama tak post kat blog.....agak sibuk kebelakangan ini...


Hari ini rasanya saya nak bercerita tentang LABU SAYONG. Mungkin ada yang tahu apa Labu Sayong, tetapi mungkin juga masih ragu apa itu Labu Sayong.

LABU SAYONG berasal daripada bentuk labu air yang bentul bujur, tetapi gemuk di bahagian bawah dan mengecil dan memanjang di bahagian atas, ada juga yang berbentuk gemuk kedua-dua bahagian, tetapi ramping di bahagian tengah. Labu air mempunyai pelbagai bentuk.

Ceramic labu sayong

Ceramic dekoration

Gambar Labu Air

Bentuk Labu Air ini menjadi inspirasi kepada pembuat Labu Sayong kerana fungsinya yang sama. Pada masa dahulu, masyarakat Cina suka menyimpan air di dalam Labu Air yang telah tua dan dikeringkan.

Mungkin ramai yang tidak percaya, Kulit Labu Air ini boleh dijadikan bekas penyimpan air. Labu Air yang dibiarkan membesar dan tua di pokok, kulitnya akan mengeras dan menjadi tebal, Pada keadaan ini Labu Air akan semakin kuat sehingga mampu menampung air di dalamnya. Masyarakat Cina suka menyimpan air minuman di dalamnya kerana air akan menjadi sejuk dan mudah di bawa. 

Daripada itu, masyarakat mula mencipta Labu Sayong daripada binaan tanah liat untuk menyimpan air, Masyarakat Melayu mengelarnya Labu Sayong kerana ia lahir di satu Kawasan kampung di Kuala Kangsar yang benama SAYONG. 

Labu Sayong digunakan oleh masyarakat untuk menyimpan air minuman, air yang disimpan akan menjadi sedikit sejuk. Air yang disimpan di dalam Labu Sayong juga dikatakan berkhasiat dan menjadi penawar menyejukkan badan. Hal ini berlaku apabila molekul air bertindak balas dengan tanah liat.

Labu sayong di LURU untuk menutup liang-liang permukaan tanah liat agar menjadi sedikit kalis air . Labu Sayong di luru dengan bahan yang licin. Selain itu kesan luru juga akan menjadikan permukaan seakan berkilat.

Labu sayong juga dimasukkan ke dalam sekam @ habuk kayu untuk mendapatkan kesan hitam. Labu Sayong dibenamkan kedalam sekam @ habuk kayu ketika keluar daripada dapur pembakaran. Tindak balas tanah yang masih merah dengan sekam menghasilkan kesan terbakar dan menjadi hitam. Kesan ini juga menyumbang kepada kesan penyejukan dan penawar kepada air yang disimpan di dalamnya.



seramik








Labu Sayong, menjadi satu lambang istimewa dalam masyarakat melayu terutama masyarakat yang tinggal di kawasan kampung. Selain dijadikan penyimpan air, ia juga dijadikan hiasan dalaman terutama bagi mereka yang berminat dengan barangan tradisional dan estetik.

Ada sesetengah labu dibentuk juga seperti Labu Kuning, bentuk ini dipanggil 'GELUGUR'. Bentuk ini juga diinspirasikan daripada bentuk asam gelugur. Ada yang digelar Labu Lepap, Labu Panai, Labu Belalang Gajah dan beberapa bentuk lagi. Tetapi pada masa kini, Labu Sayong Panai dan Gelugur lebih popular.



No comments:

Post a Comment